HAPPY BIRTHDAY SOFEA...

Salam,

Hari ni 21 April 2010 genap lah umur anak sulung Ummi SOFEA KHADEEJA BINTI MOHD AZIZAN yang ke-5..sekejap je dah besar anak ummi...Sofea anak yang bijak, comel, lincah dan pandai bergaya...nama ni Ummi n hubby yang pilih..masa tuh satu ofis dengan hubby ada seorang engineer dari Iraq..hubby memang baik dengan  dia...Mr. Khalil namanya..hubby ada pilih beberapa nama dan kami memang merancang untuk kombinasi kan nama moden dan sedikit arab...kami suka dengan nama Sofea Khadeeja...jadi kami mintak pendapat MR.Khalil dan dia setuju dengan nama yang bermaksud SOFEA (menawan) KHADEEJA (isteri nabi)...

Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur...waktu ni kami menyewa dia seksyen 2 Wangsa Maju...teringat saat-saat melahirkan sofea...19hb tgh malam air ketuban pecah, waktu tu ummi dirumah mak di puchong..contraction belum rasa...terus ayah(atok) n hubby bawak ummi ke HKL..selama hampir 3 hari air ketuban dah pecah namun tiada sebarang contraction......bukaan pon tak byk cuma 1-3 cm tu mkn masa 1 hari setengah...


Doktor kata takut lama baby lemas so, kami tak dapat buat ape...terpaksa ceaser..tepat jam 2.35 petang 21hb sofea dilahirkan...iaitu jatuh pada hari kelahiran Baginda Rasullullah.. Nabi Muhammad S.A.W...so, lebih menguatkan kami untuk memilih nama Sofea Khadeeja yang kami pilih bertepatan dengan nama Isteri nabi....


masa ni sofea berumur 8 bulan...tgkla rambut yang lebat tuh...memang semua orang geram..payah sikit nak lentur rambut dia halus dan tegak2...dah kena pakai sepit baru la nampak kemas sedikit...hehe...waktu ni dia suka sangat main handphone..

 gambar ni diambil 5 tahun lepas masa sofea genap 1 tahun..ummi buat birtday party untuk dia...masa ni memang suka pegang pisau potong kek..dan genap setahun ni jugalah dia pandai berjalan...betul2 jatuh pada hari jadi dia...

hari jadi yang ke-2 tahun waktu ni disambut dirumah baru kami...kami baru sahaja selesai menyusun atur perabot...langsir pon takde lagi...hehe...seronok betul dia masa neh..
masa ni sofea dah jadi kakak...adik Aliff Mikhael baru 3 bulan lebih...sekejap je manja anak ummi dah ada adik...dia sayang sangat adik dia..sampai masa dalam pantang tak bagi orang tengok adik dia...kakak..kakak..
masa ni ummi sambut dirumah mak..dengan adik-adik semua..
atas permintaan..ni kek beday tahun lepas...masa ni dia dah kenal erti "princess"...semua benda nak princess...
nampak dah besar dah anak ummi...waktu ni aku buat beday party kecik-kecik je ajak kawan2 dia sekeliling kawasan  umah mak tuh...

Apepon...
Semoga anak ummi menjadi anak yang solehah, anak yang bijak, yang boleh mendoakan kesejahteraan Ummi dan Abah bila dah tiada nanti...Ummi doakan sofea panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan kehidupan, sentiasa dilindungi Allah S.W.T...dijauhkan segala marabahaya dan bencana...jaga adik-adik...dan sentiasa bertanggungjawab...

Ummi sayang kakak..! kami semua sayang kakak..!
^________^

 



AMERICAN CHOCOLATE CAKE...

0 comments

Selamat Malam semua,

    Kek ni dah banyak kali buat sebenarnya...memang sedap dan mabeles gilerrss..memang killer...hehe...resepi asal dari siapa Ummi tak pasti tapi yang pasti ni diambil dari Ummi Zaihadi one of top blogger yang ummi suka surf..siape nak resepi original boleh klik disitu...mudah dan senang...memang terliur habis la...Ummi, ni ummi Asmah dah edit sedikit sebanyak mengikut citarasa anak tekak...minta ampun ye Ummi...minta dihalalkan..terima kasih banyak-banyak...layann...


American Chocolate Cake
(loyang 9 x 9 in/10 x 10 in)
Bahan-bahan:-
  • 2 cups flour*
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 1 1/2 tsp baking soda*
  • 2 cups granulated sugar – ummi guna caster sugar
  • 2 eggs
  • 1 cup of fresh milk UHT
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
Cara-cara:-
  1. Ayak bahan * sekaligus kemudian ketepikan.
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak* hingga sebati. (Ummi guna whisk je..)
  3. Masukkan bahan yg diayak dan gaul sebati perlahan-lahan.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 1 jam.
Bahan Topping/Ganache:- (Note: resepi topping dari Kak Lini)
  • 3 atau 4 ketul/petak cooking chocolate
  • 1 cawan fresh milk
  • 50g butter
  • 3 sudu besar susu pekat
Cara:-
Campurkan semua bahan dan kacau atas air panas (double–boiler). Bila telah pekat dan berkilat, tutup api dan biarkan sejuk sedikit. Sapu atas kek. Biarkan sekejap kemudian boleh la diletakkan didalam peti sejuk..
Note : resepi ni dah sedang elok untuk Ummi rujuk dimasa akan datang....

dapat seloyang besar jugak la..puas makan anak-beranak dan bawak ke rumah mak, siap bawak ofis jamu kengkawan lagi...memang sedap dan tak sia-sia mencuba....okeh...!

Selamat Mencuba..!
^____^




BUBUR AYAM SIMPLE...

0 comments
Salam Isnin semua...

     Menu kali ni iaitu pada Ahad lepas, merangkap hari 'M' sedunia..dan kekosongan peti hikmat (freezer) didapor..juga disebabkan tiada siapa nak bawa Ummi keluar membeli bahan...Ummi masaklah ape yang ada dirumah..itu pon dah jenoh suruh hubby ke kedai, barula bergerak beli kentang 2 3 biji...
     Kedai kat bawah umah ni ada kedai runcit je..ada la jugak jual ayam...tapi boringla asyik mengadap ayam jer kan..boleh dikatakan setiap hari ayam..ayam......ok lah...ape ke situ pulak ummi neh...ntah..! Sarapan kami anak-beranak sempoi aje pagi tu, Mee Goreng Intan (baru je dapat tajuk..hehe)...dan menu seterusnya lunch a.k.a makan tengahari Bubur Ayam Simple..ni pon baru je dapat tajuk...
     Sebenarnya tahap kesihatan anak-anak sejak akhir-akhir ni agak menurun..masing-masing selsema dan batuk....jadinya Ummi agak diorang mesti tak selera makan nasi tu yang masak bubur tu....okey la..kita layannn...





BUBUR AYAM SIMPLE

Bahan-bahan:

Setengah pot beras dibasuh, direndam ½ jam dan di toskan
3 atau 4 cawan air ketepikan
½ cawan isi ayam cincang (Ayamas)
5 batang isi ketam
10 biji bebola ikan
1 biji kentang sederhana besar dipotong dadu
½ batang lobak merah dipotong dadu
3 helai daun sawi dihiris
1 ketul Kiub ayam Knorr
Daun sop
Bawang goreng
Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya.


Bahan kisar:

*3 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
Tumbuk bahan *


Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar dan masukkan kiub ayam dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan air dan beras. Api sederhana. Biar sehingga nasi separuh masak
3. Masukkan kentang, bebola ikan, lobak merah, isi ketam dan sawi.
4. Perasakan garam, lada sulah dan lada hitam.
5. Kacau dan biar sehingga masak.
6. Jika nasi terlalu pekat masukkan sedikit lagi air panas.
7. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sop.

Note : Lebih enak kalau bahan tumisan dicampakkan rempah 4 sekawan dan
dimasukkan secawan santan. Apabila siap dihidang dimakan bersama ikan bilis berlada atau ikan masin goreng… slurrppp..sedap..!

 kengkonon nak suap adik ngan kakak ni bubur suam-suam panas...alih-alih siap masak je diorang terus terlena...alamatnyer ummi ngan abah je la yang mengadap dulu...hmmm... 

ni la ghupernya Mee Goreng Intan Ummi...ala-ala tak semenggah je rupa nye kan..hehe..apepon dah selamattt... takyah la tulis resepi..korang sumer masak lagi sedap dari Ummi...ni pakai campak je dengan bahan yang tinggal lam peti hikmat nun...

Selamat Mencuba..!
^___^








Cucur Variasi...

Salam,

Menu minum petang hari ni, cucur yang divariasikan dengan segala bahan yang ada dirumah..hehe...berkhasiat dan mengenyangkan seisi kelauga..tak pedas untuk budak-budak dan dihidangkan dengan sos cili@tomato serta secawan teh panas...huhu...syookkk..layan resepi...


Cucur Variasi

Bahan:

4 keping roti digunting sembilan petak
1 ½ cawan tepung gandum
1 batang carrot dipotong dadu
1 biji bawang besar
1 biji telor
2 batang hotdog dibelah dua dipotong (Ayamas)
3 batang isi ketam dipotong
1 sudu cili flakes
1 sudu parsley flakes
Lada sulah dan garam secukupnya
3 tangkai daun sop diracik halus
Air secukupnya

Cara2:

1. Adunkan kesemua bahan. Kacau sebati.
2. Masukkan minyak secukupnya untuk menggoreng.
3. Nyalakan api sederhana.
4. Agak-agak panas sendukkan cucur dengan menggunakan sudu.
5. Balik-balikkan. Agak garing dan masak.
6. Angkat dan tos dengan tisu dapor.
7. Bolehlah dihidang dengan secawan teh/kopi dikala petang..


Selamat Mencuba..!
^___^







 

Macaroni Baked...


Salam Kembali,

Disebabkan asyik tertangguh, bila update banyak pulak menu yang masuk yer..Macaroni Baked ni Ummi buat masa ahad lepas juga lepas masak Nasi Tomato Berempah dan Ayam Masak Merah...Ummi bahagikan kepada 2 loyang...untuk minum petang dan untuk dibawa ke ofis menjamu rakan-rakan pada Hari Isnin nyer.....ape pon resepi ni memang sedap....dan mabeles..dan dah selamat dihadam pon..hehe..layann...



Macaroni Baked
 
Bahan:-
(A) Macaroni
  • 1/2 paket macaroni - Ummi guna brand San Remo
  • air secukupnya untuk merebus macaroni
  • sedikit minyak zaitun
  • sedikit garam
(B) Sos Merah:-
  • 3 ulas bawang merah (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 3 batang cili api (potong halus)
  • 1 cawan sos spaghetti Prego (Ummi guna Prego traditional sauce)
  • ½ cawan air masak
  • 1 cawan ayam cincang Ramly
  • 3 batang hot dog di potong (Ayamas)
  • 3 batang isi ketam di potong
  • 2 keping chicken meatloaf (Ayamas)
  • garam, lada sulah, lada hitam, cili & parsley flakes and oregano secukupnya
(C) Sos Putih:-
  • 2 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 600 ml susu segar
  • 5 keping sliced cheddar cheese
  • garam, lada sulah, parsley flakes and oregano secukupnya
(D) Topping - Mozarella

Cara-Cara:-

(A) Makaroni -
1.  Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
2.  Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.
3.  Angkat dan toskan.
(B) Sos Merah:-
  • Sediakan kuali/periuk. masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.
(C) Sos Putih:-
  • Sediakan kuali tahan panas.
  • Panaskan butter dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.
  • Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan bahan-bahan lain. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.
Cara Melapis:-
1.  Masukkan 1 1/2 cawan macaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas. Rata-ratakan. (x perlu sapu dengan apa2 minyak/butter pada dasarnya).
2.  Sudukan separuh adunan sos putih ke atas macaroni dan ratakan.
3.  Sendukkan sos merah pula ke atas sos putih tadi.
4.  Taburkan mozarella cheese.
5.  Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.
6.  Bakar macaroni pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)

Selamat Mencuba..!
^____^

Ayam Masak Merah

0 comments
Salam,

Tuan rumah sibok memanjang sejak akhir2 ni..nak update blog pon tak sempat..asyik N3 yang tertangguh je...ni pon menu ahad lepas...takpelah..resepi ni Ummi simpan dimasa mendatang mana tau esok-esok untuk anak-anak Ummi bila dah besar dapat jugak mentelaah blog ummi dia neh yang kebanyakkan nyer merapu tak tentu hala..wakaka..k lah layann resepi yer...


AYAM MASAK MERAH

Bahan:
1 ekor ayam, dipotong, dibersihkan dan di garam kunyit.
1 biji bawang besar dihiris bulat
1/2 Cawan Air
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
7 biji cengkih
3 sudu besar puri tomato
5 sudu besar cili kering yg telah di blender
5 sudu besar sos cili
1 batang carrot dipotong dadu
Gula
Lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
7 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
2 inci halia


Cara2:
1. Ayam digoreng hingga masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.
2. Kurangkan kuantiti minyak hingga cukup2 untuk menumis. Kecilkan api.
3. Tumiskan bahan2 kisar sehingga agak garing dan naik bau.
4. Masukkan rempah 4 sekawan dan cili kering blender.
5. Biarkan cili masak sekejap atau sehingga naik minyak.
6. Masukkan puri tomato, sos cili, air, lada sulah, gula dan garam.
7. Kacau biar kuah agak pekat sikit. Masukkan ayam.
8. Masukkan carrot dan bawang hiris. Gaul rata.
9. Tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi tomato berempah panas2. 

 Ayam Masak Merah ni Ummi lawan kan dengan Nasi tomato Berempah...
resepi nya mudah ajer...
hehe..ni la..Ummi bli kat Tesco Puchong last month masa amek barang dapor...semudah ABC kihkihkih...sedapppp..nanti nak bli lagi...tak sia-sia mencuba..
ok ape lagi...silalah...tambah nasi..tettettettt....


Selamat Mencuba..!
^____^


AQUARIA - KLCC & jln2 seantero...

Salam Isnin semua..

     Harap sihat semua hendaknya...Semoga ceria menjalani hari baru untuk minggu baru...N3 kali ni kita pergi ke topik actvt jalan-jalan untuk seharian hari sabtu sampai tengah malam...huhu...ceritanya tiket masuk Aquaria ni kami beli dalam bulan lepas semasa berlansungnya Matta Fair yang lalu..
     Kami pergi anak beranak je..program asyik tertangguh je..klu tak kami pergi 2 minggu lepas...tapi byk hal yang tak dpt dielakkan...ok, harga tiket offer Matta Fair dewasa-rm20, kanak-kanak-rm15, bawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran...kami bertolak pada hari sabtu lepas pada pukul 11 pagi..anak-anak semua seronok...layannn....

 background ikan piranha...huhu...tak dpt nak snap depan2..org dah start kerumun...
ikan ape tak tau...litle shark kaler pink kot..haha...
ni pon aku snap..haha..
 kakak seperti biasa memulakan sesi fotograph..huhu..
kat dalam ni bukan ada ikan semata..byk jugak la haiwan-haiwan lain macam ular, serangga seperti rama-rama, pelbagai spesis katak...macam-macam la...
ummi pon nak pose jugak...ngeee...
ikan arapaima...dan ikan-ikan...tetttt..! tatau aku pe ke nama ikan-ikan belah kiri neh..
apa lagi kojer kami anak-beranak ber'posing' sakan la..hehe..
haa...sesapa rasa-rasa nak test power..meh la rasa gigi yang tajam tak bergosok neh...kihkihkih...sharrkkk...
 ikan pari ni melekat je kat atas kepala kami...ntah2 da mati tak..? 2 kali kitorang masuk terowong ne..dia dok camtu jer...hehe...
anak-anak very xcited...si aliff memang suka tengok ikan...
 background-ikan jerung...
 sama je besar ummi dengan ikan tuh...huhu..kakuuttt...
gambar ni abah yang snap..tgn tertutup flash...hmm...
merpati dua sejoli...ahakks..!
 teman tapi tak mesra..asyik bercakar jer....hmm....
 
takde sape nak tolong amekkan gambar kami anak beranak..jadi tangan abah yang paling panjang jadi tukang snap..masa neh adik dah masuk time tidor...dah mengamok menjerit segenap ruang...jgn pecah balang2 ikan ni sumer sudah...
 
last fish...NEMO...! hehe..aku tatau nama ikan ni ape..yang aku tau rupa dia sebijik nemo..kikiki...
makan time...perut semua dah keroncong...dah lama tak lepak-lepak makan kat KLCC...dekat 2 tahun rasanya..last pergi aliff lum kuar lagi...ada lam pewut...heheh...
aku makan meatball spagetti bolognese kat Milano Cafe...sedap sgt dan byk sekali harga cuma rm8..lain kali klu singgah KLCC aku akan cari cafe ni..siap tapau lagi pas makan neh utk sarapan pagi ahad..hehe......suap bebudak...abah mkn nasi campor...
akhirnya..bingit boy tidor...nyenyak betoll..kitorang parking kereta kat tepi convention centre..sekali masuk rm7...byk parking lot kosong..memang dekat sangat dengan aquaria...so, pas makan kami berpatah balik ke Aquaria...kakak nak beli something...lepak depan cafe Aquaria plak..
kubentang kan aliff atas meja...hehe..bagi dia ala-ala selesa sikit...ada la dalam setengah jam kami kat situ..
lepas ni kami bergerak ke Taman Melawati pulak..aku ada benda nak beli kat kedai borong feveret aku masa kojer kat IISB dulu...jajan-jajan utk sponser member tempat kojer sekarang nak kawen ha...tapi aku malas nak snap..kedai full..penoh barang sempit woo... pastu singgah pasar malam melawati jap....lama gak tak p situ...klu tak dulu asal hari selasa ngan khamis je ada muka aku..huu...
pastu bersambung pulak kedai kat area2 situ gak..Bagus Bakery ni memang dari semenjak benti aku tak jejak dah...maklumler..lesen takde..jauh nun lak tuh..klu tak lama dah aku merempit kesana..hehe...
tengokla dia punya bakery shop..memang takleh lawan la kat puchong neh...geram beb...rasa nak borong je setiap satu set loyang yang ada...huhu...tapi hajat tak kesampaian duit yang ada, aku dah borong kat kedai borong jajan tadi..uawaaa.....takpe Temah, next time..!
huhuuu....besttt...syoookkk wwooo......! abah nanti bawak ummi turun sini lagi ek...hehe...kak Zila...Kak Alina...! ada satu tu buku resepi Alex Goh...nak mintak tolong bli dan kurier kan....bolehhh yerr.....^__^
ni je yang aku mampu beli...huhu...nak mintak abg segan pulak..asyik pow dia jer..hehe...jadila...untuk warm-up..hehe...pasni ape lagi....

Okeh..waktu pon masa ni dah nak dekat maghrib...pas ni kami nak bertolak ke rumah bapa saudara my hubby kat Kg. Baru...dah lama tak kesana...aku bli satay je sebagai buah tangan...lagipon hari nak dekat waktu makan malam takkan lenggang kangkung je pegi umah orang ye tak...lepak sampai kul 11 lebih..
seronok mendengar Achik dan Makchik bercerita dengan keletah anak-anaknya yang peramah...thanx Makchik menjamu kami dengan gulai telur itik masak mangga tu..memang sedap...berselera aku..sampai jilat jari..kikiki...tak senonoh tul...ngam2 pukul 12am kami sampai umah...
hhmmm..seharian kan...apepon terima kasih pada hubby yang bawak kami jenjalan...muuuahhh......!
^_____^