Sotong Masak Asam Pedas...

    Tajuk menu tengahari ni disebabkan nak mengabeskan stok daun kesum dengan bunga kantan lam esbok tu..sampai dah kering-kering..ada pulak cik sutun lam esbok tuh...boring pulak asek masak sambal ngan kicap je...ummi pon ape lagi mencetus la resepi yang tah hape2 ni...sotong masak asam pedas...kuantiti tak boleh nak letak exactly la sebab main campak-campak jer...agak-agak je lah yer sesedap rasa tekak....sesedap asam pedas...nyum2...! lenkali boleh wat lagi...

bahan tumis yang diblend :
cili kering
bawang besar 
bawang putih
halia

bahan-bahan:
sotong yang telah direbus (simpan sedikit air rebusan)
bunga kantan 
daun kesum
air asam jawa
serai
minyak
gula dan garam

1. Tumis bahan-bahan tumisan yang telah diblend hingga pecah minyak.
2. Masukkan sotong dan sedikit air rebusan.
3. Biarkan menggelegak dan masukkan air asam jawa, serai, bunga kantan dan daun kesum.
4. Kacau hingga sedikit pekat masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Kerap panaskan apabila ingin makan kerana asam pedas selain ikan dan ayam ianya mudah rosak...


Selamat Mencuba...!
^___^




0 comments: