Spinach Fettucine Carbonara..


Salam semua,

    Ceria-ceria dipetang isnin...hehe...kebetulan hari ni Ummi ambil cuti sebab adik Ummi yang bongsu tu dapat panggilan sambung belajar selepas SPM baru-baru ni di Matrik Changlun, Kedah dalam jurusan Akaun...Alhamdullillah...Ayah, Mak, Ikin, Angah n Azreen sumer ikut pergi menghantar...so Ummi terpaksa cuti untuk menjaga putera-puteri tu dirumah....dapatla Ummi kesempatan untuk meng'update'...hehe...terasa lama pulak tak N3 resepi kan...
     Resepi ni Ummi ikut sesedap rasa dan bahan-bahan asas yang tersedia ada dirumah...sebenarnyer teringin nak makan Linguine (betul tak ejaan nyer?) masak Carbonara...p market carik pasta Linguine...sekali terjumpa pulak Spinach Fettucine..ape lagi...Ummi pun sambar la..Pasta ni warnanya sedikit hijau tua...1st time tu nampak Pasta ni...selalu tengok lam intenet jer..hehe...resepi ni sangat berkhasiat, penuh dengan keju dan susu...very creamy..tak berapa pedas untuk anak-anak dan pasta yang digunakan lain dari yang lain...okeh kita layan resepi...


SPINACH FETTUCCINE CARBONARA
Bahan A:
200g spinach fettuccine carbonara (ummi guna San Remo) direbus dengan satu sudu kecil garam dan 2 sudu besar minyak. Kemudian ditoskan dan digaulkan dengan 3 sudu besar minyak zaitun.
Bahan B:
100 g butter / margerin
2 ulas bawang putih – potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1 batang cili masak dihiris
2 batang cili api dibelah dua
Bahan C:
1 ketul dada ayam – dipotong dadu
10 ekor udang sederhana
Segenggam udang kecil-kecil
10 biji cendawan butang – dibelah 4
½ batang carrot - dipotong panjang
½ biji ubi kentang – dipotong dadu
Bahan D:
3 cawan susu segar UHT (susu full cream atau low fat UHT pun boleh)
3 keping cheddar cheese
2 sudu besar tepung gandum
Bahan E:
Garam, lada hitam, cili flakes dan rempah-ratus spaghetti (basil,oregano,thyme,red bell paper & parsley)

Cara-cara:
1.   Sediakan bahan A.
2.   Dengan menggunakan kuali non-stick masukkan butter dan tumis bahan B hingga naik bau.
3.   Masukkan bahan C kacau hingga rata dan masak.
4.   Masukkan bahan D dan kacau sentiasa.
5.   Perasakan dan sebatikan dengan bahan E.
6.   Kalau kuah terlalu pekat masukkan sedikit air panas.
7.   Tutup api dan bolehlah dihidang.
rencah-rencah yang digunakan...
 ni la rupanya pasta Fettucine, bentuknya lebih tebal dan lebih besar sedikit dari Linguine...bila dah rebus warna hijau nyer tak berapa nampak pulak..hmmm...
 sos putih carbonara diatas dapor..
 tuangkan sos diatas pasta...sedap dimakan panas-panas..
Selamat Mencuba...!
^___^

0 comments: