Puding Caramel...


Setiap kali buat caramel ummi memang guna resepi ni...senang dan mudah...hubby dan anak-anak suka sangat...kalau nak beli kat gerai macam tak berbaloi...selalunya ummi jumpa puding ni time bazar ramadan jer...bulan-bulan puasa kan...tempat lain ummi tak tau la..tapi kalau kat puchong cam tuh...biasa sepotong rm1.20..kalau kali 4 orang? hmm...baik ummi buat sendiri..puas hati dan boleh makan berulang kali...btol tak?...Puding ni memang menyejukkan dan menyamankan anak tekak ummi sekeluarga dikala hari panas...hehe...hmmm.. yummy...!


PUDING CARAMEL

Bahan Caramel:

1 1/2 cwn           Gula
2 cwn                 Air

Cara:

Cairkan gula hingga hangus – pelahankan api masukkan air    sedikit-sedikit dan perlahan-lahan..hati-hati kerana gula akan menggelegak..kacau sebati agak-agak dah masak tutup api. Ketepikan.

Bahan Puding:

5 biji                 telor
3 sudu               tepung kastard
3/4 cwn              susu pekat
Sedikit               vanilla
1 tin                  susu cair

Cara:

1. pecahkan telur dan sebatikan telur kuning dan putih.
2. masukkan vanilla, susu cair, tepung kastard dan susu pekat.
3. kacau sebati dan tapiskan bancuhan agar kastad tidak berketul-ketul.
4. Bersihkan loyang masukkan gula caramel tadi kemudian tuang  bancuhan puding perlahan-lahan.
5. kukus selama 25 minit api sederhana..
6. hati-hati jangan sampai air kukusan menitik dipermukaan puding...

 sebelum dikukus..
selepas dikukus...

Selamat Mencuba..!

^___^

0 comments: