Puding Kastard Lapis Roti

Salam..

     Pencuci mulut ni dah banyak minggu dok terperam kat dalam pc...tunggu masa nak kuar jer...sian dia...Puding ni aku ikut resepi mak aku...senang dan mudah nak ingat bancuhan..selalu aku buat letak biji jagung tapi kali ni aku pelbagaikan puding ni dengan lapisan roti...ala-ala puding lapis kek la..tapi aku malas nak meng'kek'kan nyer...teruk tul bahasa malaysia aku neh..hehe..apepon..layannn...

 
PUDING KASTARD LAPIS ROTI

Bahan A :
Beberapa keping roti dibuang kulit tepi dan siapkan
mengikut acuan/loyang untuk 2 / 3 lapisan.

Bahan B :
1 cawan tepung kastard
3 ½ cawan santan
¾ cawan gula halus
Secubit garam

Bahan C :
Kulit tepi roti
Coklat rice


Cara-cara :
1. Sediakan bahan A.
2. Satukan bahan B dalam periuk, kacau dengan menggunakan whisk.
3. Hidupkan api dapur perlahan dan kacau bahan B sentiasa hingga likat.
4. Padamkan api dapur dan segera sendukkan adunan puding ratakan dan  lapiskan bahan A. Hati-hati kerana adunan panas
5. Buat lapisan demi lapisan. Pastikan bahagian atas diakhiri dengan puding.
6. Hiaskan dengan bahan C.
7. Biarkan pada suhu bilik selama setengah jam kemudian boleh la dimasukkan kedalam peti sejuk.


Selamat Mencuba..!
^___^ 

0 comments: