Menu Birthday..(part-2)

Salam,

     Banyak hari tak N3 rindu pulak rasanya..masak dah macam2 cuma tak berkesempatan je nak edit...slow2 la...silap2 cecah tahun depan..hehe..k ni last resepi menu birthday tu ari...Popia Isi Ketam...resepi ni aku amek kat MYR..umah Umi_e...sedap dan lain sket la dari popia yang biasa kita makan tu kan...kalau ada sos or cicah dia lagi sedap cuma aritu tak sempat dah nak masak pelbagai..aku dressing kan dgn sos cili jer...minta izin kopipes ye Umi_e...thanx...
 

POPIA ISI KETAM

1 bungkus isi ketam (lebih kurang 16 keping atau lebih)

Kulit popia (size kecil atau sederhana) ikut jumlah banyaknya isi ketam

200gm kobis (atau sayur ikut suka) - diricik halus (aku pakai timun & carrot-potong panjang)

4 sudu besar mayonis

2 sudu besar sos cili

(aku tambah slice cheddar cheese)

Minyak untuk menggoreng

* Campurkan mayonis bersama sos cili dan gaul rata


Cara-cara:-

letakkan isi ketam dan slice cheese di atas kulit popia

Letakkan 1 sudu besar sayur + sadu kecil campuran mayonis

Gulung seperti gulung popia - cuma pastikan isi 'dikelim' dengan kulit popia supaya sos tidak keluar masa digoreng

Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana.


     Resepi satu lagi ni untuk birthday malam-Abg Man...pencuci mulut aku hidangkan dengan Apple Crumble...sedap...resepi aku amek dari dapor Ummi Zaihadi...thanks ummi...macam biasa minta izin ye ummi... banyak peminat rupanya Apple Crumble neh..sedap dan wangi masa bakar...crunchy n sweet...nanti nak buat lagi lah...memang mabeles..! tak sia-sia aku meronda dapor org...hehe...


APPLE CRUMBLE

  • 5 biji epal merah.. kupas kulit n potong dadu-(aku guna 4 biji apple hijau + setengah biji apple fuji merah)
  • 1/2 cwn brown sugar..gula castor pun boleh.. (agak manis, next time kena kurangkn sikit)
  • 1/2 cwn kismis..ikut suka
  • sedikit serbuk kayu manis..boh klau suka
Bahan B:
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 150 gm butter pd suhu bilik
Untuk Tabur: Hirisan badam/kekacang.. ikut suka (aku letak hirisan badam & chocolate chip)
Cara Menyediakan:-
  1. Satukan semua bahan A gaul rata n masukkan dalam loyang pembakar.
  2. Satukan kesemua bahan B kecuali badam. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti.
  3. Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Taburkan hirisan badam .
  4. Bakar pada suhu 180C +/- 40 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan.
 sebelum dan selepas dibakar...
hmmm..yummy....!

Selamat Mencuba...!
^_____^

0 comments: