Macaroni Baked...


Salam Kembali,

Disebabkan asyik tertangguh, bila update banyak pulak menu yang masuk yer..Macaroni Baked ni Ummi buat masa ahad lepas juga lepas masak Nasi Tomato Berempah dan Ayam Masak Merah...Ummi bahagikan kepada 2 loyang...untuk minum petang dan untuk dibawa ke ofis menjamu rakan-rakan pada Hari Isnin nyer.....ape pon resepi ni memang sedap....dan mabeles..dan dah selamat dihadam pon..hehe..layann...



Macaroni Baked
 
Bahan:-
(A) Macaroni
  • 1/2 paket macaroni - Ummi guna brand San Remo
  • air secukupnya untuk merebus macaroni
  • sedikit minyak zaitun
  • sedikit garam
(B) Sos Merah:-
  • 3 ulas bawang merah (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 3 batang cili api (potong halus)
  • 1 cawan sos spaghetti Prego (Ummi guna Prego traditional sauce)
  • ½ cawan air masak
  • 1 cawan ayam cincang Ramly
  • 3 batang hot dog di potong (Ayamas)
  • 3 batang isi ketam di potong
  • 2 keping chicken meatloaf (Ayamas)
  • garam, lada sulah, lada hitam, cili & parsley flakes and oregano secukupnya
(C) Sos Putih:-
  • 2 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 600 ml susu segar
  • 5 keping sliced cheddar cheese
  • garam, lada sulah, parsley flakes and oregano secukupnya
(D) Topping - Mozarella

Cara-Cara:-

(A) Makaroni -
1.  Panaskan air, minyak zaitun dan garam hingga mendidih.
2.  Masukkan macaroni dan rebus hingga empuk.
3.  Angkat dan toskan.
(B) Sos Merah:-
  • Sediakan kuali/periuk. masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak hingga mendidih dan agak pekat. Ketepikan dan sejukkan.
(C) Sos Putih:-
  • Sediakan kuali tahan panas.
  • Panaskan butter dengan api perlahan, masukkan tepung gandum dan gaul sebati sekejap.
  • Masukkan susu segar, sliced cheddar cheese dan bahan-bahan lain. Kacau hingga adunan sedikit pekat dan berkilat. Angkat dan ketepikan.
Cara Melapis:-
1.  Masukkan 1 1/2 cawan macaroni ke dalam loyang/casserol tahan panas. Rata-ratakan. (x perlu sapu dengan apa2 minyak/butter pada dasarnya).
2.  Sudukan separuh adunan sos putih ke atas macaroni dan ratakan.
3.  Sendukkan sos merah pula ke atas sos putih tadi.
4.  Taburkan mozarella cheese.
5.  Ulang step 1, 2, 3 dan 4 hingga penuh bekas.
6.  Bakar macaroni pada suhu 160 C selama 35 - 40 minit atau hingga permukaannya nampak keemasan. (Lebih enak dimakan ketika panas atau dihidang suam. Boleh juga dipanaskan dengan microwave sebelum dihidangkan)

Selamat Mencuba..!
^____^

0 comments: