HAPPY BIRTHDAY SOFEA...

Salam,

Hari ni 21 April 2010 genap lah umur anak sulung Ummi SOFEA KHADEEJA BINTI MOHD AZIZAN yang ke-5..sekejap je dah besar anak ummi...Sofea anak yang bijak, comel, lincah dan pandai bergaya...nama ni Ummi n hubby yang pilih..masa tuh satu ofis dengan hubby ada seorang engineer dari Iraq..hubby memang baik dengan  dia...Mr. Khalil namanya..hubby ada pilih beberapa nama dan kami memang merancang untuk kombinasi kan nama moden dan sedikit arab...kami suka dengan nama Sofea Khadeeja...jadi kami mintak pendapat MR.Khalil dan dia setuju dengan nama yang bermaksud SOFEA (menawan) KHADEEJA (isteri nabi)...

Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur...waktu ni kami menyewa dia seksyen 2 Wangsa Maju...teringat saat-saat melahirkan sofea...19hb tgh malam air ketuban pecah, waktu tu ummi dirumah mak di puchong..contraction belum rasa...terus ayah(atok) n hubby bawak ummi ke HKL..selama hampir 3 hari air ketuban dah pecah namun tiada sebarang contraction......bukaan pon tak byk cuma 1-3 cm tu mkn masa 1 hari setengah...


Doktor kata takut lama baby lemas so, kami tak dapat buat ape...terpaksa ceaser..tepat jam 2.35 petang 21hb sofea dilahirkan...iaitu jatuh pada hari kelahiran Baginda Rasullullah.. Nabi Muhammad S.A.W...so, lebih menguatkan kami untuk memilih nama Sofea Khadeeja yang kami pilih bertepatan dengan nama Isteri nabi....


masa ni sofea berumur 8 bulan...tgkla rambut yang lebat tuh...memang semua orang geram..payah sikit nak lentur rambut dia halus dan tegak2...dah kena pakai sepit baru la nampak kemas sedikit...hehe...waktu ni dia suka sangat main handphone..

 gambar ni diambil 5 tahun lepas masa sofea genap 1 tahun..ummi buat birtday party untuk dia...masa ni memang suka pegang pisau potong kek..dan genap setahun ni jugalah dia pandai berjalan...betul2 jatuh pada hari jadi dia...

hari jadi yang ke-2 tahun waktu ni disambut dirumah baru kami...kami baru sahaja selesai menyusun atur perabot...langsir pon takde lagi...hehe...seronok betul dia masa neh..
masa ni sofea dah jadi kakak...adik Aliff Mikhael baru 3 bulan lebih...sekejap je manja anak ummi dah ada adik...dia sayang sangat adik dia..sampai masa dalam pantang tak bagi orang tengok adik dia...kakak..kakak..
masa ni ummi sambut dirumah mak..dengan adik-adik semua..
atas permintaan..ni kek beday tahun lepas...masa ni dia dah kenal erti "princess"...semua benda nak princess...
nampak dah besar dah anak ummi...waktu ni aku buat beday party kecik-kecik je ajak kawan2 dia sekeliling kawasan  umah mak tuh...

Apepon...
Semoga anak ummi menjadi anak yang solehah, anak yang bijak, yang boleh mendoakan kesejahteraan Ummi dan Abah bila dah tiada nanti...Ummi doakan sofea panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan kehidupan, sentiasa dilindungi Allah S.W.T...dijauhkan segala marabahaya dan bencana...jaga adik-adik...dan sentiasa bertanggungjawab...

Ummi sayang kakak..! kami semua sayang kakak..!
^________^

 



2 comments:

Anonymous said...

yepi birthday akak dari pak long brutal & mak long luver..bila dah pandai baca nanti baca blog ummi ni dan hargai setiap pengorbanan ummi & abah..adioz!!!

Unknown said...

pak ngah pun sayang akak jugoukkkkkk...........smoga membesar dgn lebih bijak & aktif!