BUBUR AYAM SIMPLE...

Salam Isnin semua...

     Menu kali ni iaitu pada Ahad lepas, merangkap hari 'M' sedunia..dan kekosongan peti hikmat (freezer) didapor..juga disebabkan tiada siapa nak bawa Ummi keluar membeli bahan...Ummi masaklah ape yang ada dirumah..itu pon dah jenoh suruh hubby ke kedai, barula bergerak beli kentang 2 3 biji...
     Kedai kat bawah umah ni ada kedai runcit je..ada la jugak jual ayam...tapi boringla asyik mengadap ayam jer kan..boleh dikatakan setiap hari ayam..ayam......ok lah...ape ke situ pulak ummi neh...ntah..! Sarapan kami anak-beranak sempoi aje pagi tu, Mee Goreng Intan (baru je dapat tajuk..hehe)...dan menu seterusnya lunch a.k.a makan tengahari Bubur Ayam Simple..ni pon baru je dapat tajuk...
     Sebenarnya tahap kesihatan anak-anak sejak akhir-akhir ni agak menurun..masing-masing selsema dan batuk....jadinya Ummi agak diorang mesti tak selera makan nasi tu yang masak bubur tu....okey la..kita layannn...





BUBUR AYAM SIMPLE

Bahan-bahan:

Setengah pot beras dibasuh, direndam ½ jam dan di toskan
3 atau 4 cawan air ketepikan
½ cawan isi ayam cincang (Ayamas)
5 batang isi ketam
10 biji bebola ikan
1 biji kentang sederhana besar dipotong dadu
½ batang lobak merah dipotong dadu
3 helai daun sawi dihiris
1 ketul Kiub ayam Knorr
Daun sop
Bawang goreng
Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya.


Bahan kisar:

*3 ulas bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
Tumbuk bahan *


Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar dan masukkan kiub ayam dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2. Masukkan air dan beras. Api sederhana. Biar sehingga nasi separuh masak
3. Masukkan kentang, bebola ikan, lobak merah, isi ketam dan sawi.
4. Perasakan garam, lada sulah dan lada hitam.
5. Kacau dan biar sehingga masak.
6. Jika nasi terlalu pekat masukkan sedikit lagi air panas.
7. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun sop.

Note : Lebih enak kalau bahan tumisan dicampakkan rempah 4 sekawan dan
dimasukkan secawan santan. Apabila siap dihidang dimakan bersama ikan bilis berlada atau ikan masin goreng… slurrppp..sedap..!

 kengkonon nak suap adik ngan kakak ni bubur suam-suam panas...alih-alih siap masak je diorang terus terlena...alamatnyer ummi ngan abah je la yang mengadap dulu...hmmm... 

ni la ghupernya Mee Goreng Intan Ummi...ala-ala tak semenggah je rupa nye kan..hehe..apepon dah selamattt... takyah la tulis resepi..korang sumer masak lagi sedap dari Ummi...ni pakai campak je dengan bahan yang tinggal lam peti hikmat nun...

Selamat Mencuba..!
^___^








0 comments: