Talam Lapis Kacang Merah...

Talam Lapis Kacang Merah...


   Talam memang feveret aku..tak kira la ape jenis...talam ni aku buat masa aku jalan-jalan kat blog Ummi Zaihadi last year...lama kau makan tahun..hehe...buatnye pon sebenarnya tahun lepas...masa tu aku takde blog lagi...asyik 'usha' blog orang jer...
   So, tiap kali masak aper-aper aku akan snap..dan dah lama la, lam lipatan komputer aku nih...kali ni aku tringin nak masak lagi, tapi ape kan daya kukus ku tak boleh digunakan lagi..huhu...dia punyer pemegang dah tanggal..nak beli asik lupa jer...banyak la resepi-resepi yang menggunakan kukus sekarang aku terpaksa hold...
   Takpelah sape2 yang nak amek resepi ni amek ler...memang menjadi dan sedap..2 thumb's up..! ni aku 1st time wat tau talam jenis neh..terus jadi..korang yang 'pro' lagi la...kompom jadik..!
   Ummi Zaihadi, ni Ummi Temah nak C&P je ek...maceehh Ummi...

 Talam Lapis Kacang Merah

Bahan A:-
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu teh garam
Bahan B:-
  • 1 cawan kacang merah rebus (dikisar kasar2 sikit)
  • 1 cawan air
  • sedikit pewarna merah
Bahan C:-
  • 1/4 cawan air

Cara Membuat:-
  1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan kacau sebati.
  2. Tapiskan dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  3. Satukan bahan B, dan campurkan ke dalam satu bahagian tadi. Kacau rata.
  4. Satu bahagian plain tadi dicampurkan dengan 1/4 cawan air (bahan C) dan gaul rata.
  5. Panaskan loyang bulat dalam kukusan sebentar dan tuangkan 1 senduk bahan B (kacang merah) dan kukus selama 10 minit.
  6. Lapiskan pula satu senduk adunan plain dan kukus selama 8 minit.
  7. Ulangi proses melapis berselang seli hingga habis. (*ummi kukus lapisan terakhir agak lama, lebih kurang 10 - 12 minit).
  8. Angkat dan biar kuih benar2 sejuk dulu, baru dipotong.
  9. Nota: * loyang bulat 8 x 8, xleh wat byk lapisan, boleh guna loyang kecil sedikit next time.* balut penutup kukusan dengan kitchen towel semasa mengkukus agar air tidak jatuh ke permukaan kuih. 
Selamat Mencuba..








0 comments: