Pai Ayam Cendawan

     Selamat petang semua..Menu kali ni diadaptasi dari Majalah Saji keluaran Disember 2009. Sebenarnya dah lama tersimpan niat di hati nak masak pai berlauk. Baru kali ni terlaksana...Pai ni memang mudah disediakan...aku guna bahan yang ada dirumah..Sedap dan lain dari yang lain..bagi sesiapa yang dah bosan makan nasi boleh la mencuba Pai Ayam Cendawan ni..Kurang pedas dan anak-anak pon boleh makan..Kalau nak pedas boleh la di tambah cili api potong kedalam adunan atau di makan bersama sos cili..
 
PAI AYAM CENDAWAN

BAHAN-BAHAN (A) :-
1 tin susu cair (ideal)
1/2 cawan susu segar
3 biji telor
5 biji cendawan butang putih (potong dadu)
½ cawan jagung biji
5 batang jejari ketam (setiap satu dipotong 8)
2 keping chicken meatloaf Ayamas (dipotong 9 petak)
3 sudu besar tepung jagung
Daun sop & daun bawang (potong halus)
Garam
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk cili kisar
2 keping cheese cheddar (disiat-siat)

BAHAN (B) :-
1 sudu besar margerin
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
1 cawan isi ayam kisar (Ramly)

CARA-CARA :_
  1. Satukan bahan-bahan (A) dan kacau perlahan-lahan.
  2. Tumis bahan (B) supaya air ayam sedikit kering. Tutup api.
  3. Masukkan bahan (B) kedalam bahan (A). Kacau sebati.
  4. Griskan bekas dengan margerin dan bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng, daun sop&bawang, tomato dan parutan parmesan cheese. 

sebelum dan selepas dibakar...
selepas dihias..
Selamat Mencuba..yummy..!

0 comments: