MUFFIN CHOCOLATE...

salam..

     Muffin Chocolate ni diadun hari khamis lepas...rasa dah la pulak tak buat muffin...resepi diambil dari Fotopages Mama Rinnchan..sambil-sambil tu boleh luang masa dengan anak...buat sama..Thanks mama...mama bagi nama chocolate cupcakes...tapi macam segan pulak aku nak letak nama tu..sebab tak deco cantik pon...biasa2 jer...saya mintak izin kopipes ye mama...

BAHAN-BAHAN:
150gm butter
200gm gula castor
3 butir telur gred A
220gm tepung gandum
3 tbs serbuk koko
1 tsp baking powder
200ml susu segar
Choc chips dan kismis (optional)

CARA-CARA:
1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko bersama. Gaulkan choc chips dan kismis sekali sekirannya ada menggunakannya. Ketepikan.
2. Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu demi satu. Putar terus hingga rata.
4. Perlahankan putaran mixer. Masukkan adunan tepung diselang-seli dengan susu segar. Mesti diakhiri dengan tepung.
5. Isikan adunan ke dalam paperliners. Bakar pada suhu 180 darjah cel selama 15min-20min. 

anak dara ni memang minat ke dapor..suka puji ummi dia, "waahhh..! cantek nyer kuih ummi ni"..hehe...
sambil-sambil tu suruh la dia deco cup yang kecik-kecik ni untuk bawak ke tadika...seronok sangat dia..
dah siap dihias oleh kakak...tunggu turn nak bakar...
sebelum selepas dibakar..ni versi yang besar-besar pulak...nak bawak ke opis n umah mak..untuk sarapan pagi jumaat...
posing skett...
tupperware biru untuk kakak..dapat dalam 35 biji...tupperware hijau untuk ummi...dapat dalam 25 biji...
Selamat Mencuba...
^______^











0 comments: