MILKY BREAD PUDDING


Seperti biasa mengahabiskan stok roti yang tersimpan dalam fridge...ni puding feveret aku...resepi aku olah sendiri mengikut citarasa aku...senang dan mudah..dan tak membazir...kalau ada sesapa roti tak abes, dan takut2 xpired tu cepat2 la sumbat lam fridge ek...sok2 keluar sebijik puding...mudah dan sudah tentunya mengenyangkan...


MILKY BREAD PUDDING

Bahan A:

1 buku roti Gardenia pendek (anggaran 15 keping)
-sekeping dipotong 6 atau ikut suka (pakai gunting lagi mudah)

Bahan B :

**1 cawan gula halus
**Telor 3 biji
1 tin susu cair Ideal
¾ kotak fresh milk UHT besar. (kalau ½ pon boleh bergantung pada kuantiti roti)
2 sudu besar margerin/butter (cairkan dlm microwave)
Secubit garam
Sedikit Esen Vanilla (Star brand)

Bahan C :
1 kotak kismis hitam (aku guna brand Sultana)


Cara2:

1. Sediakan bahan A.

2. Sebatikan bahan bertanda **. Kemudian satukan semua bahan B. Pastikan margerin pada tahap suhu bilik (suam-suam).

3. Campurkan bahan A dan B perlahan-lahan. Kacau dan biarkan roti terendam selama lebih kurang 15 minit.

4. Masukkan bahan C. Kacau sebatian perlahan-lahan.

5. Sapu sedikit margerin kedalam bekas kesukaan dan masukkan adunan.

6. Panaskan oven selama 5 minit dan bakar adunan pada suhu 180°c selama 40 ke 50 minit atau sehingga masak.

 sebelum dibakar...

selepas dibakar dan biarkan sejuk sedikit baru dipotong menggunakan pisau plastik...

SELAMAT MENCUBA..!
^_____^

1 comments:

cHaK™ said...

nampak macam sedap..tp syg la sy xmkn kismis :p

-syahmi