MARBLE CHOCO+STRAWBERRY CAKE


Salam,

     Kek marble ni aku biasa buat choco dengan vanilla je..tapi tah kenapa tekak kali ni nak ubah sket kepada strawberry dengan choco pulak..mungkin aku tgk dalam majalah campuran warna marble yang digunakan agak mengancam..tu la yang mokcik try tuh...huhu..tapi memang mabeles..mak kata macam waffle yang gulung2 tuh..hehe...
     Sebenarnye kek ni aku buat untuk meraikan last day practical student kat opis aku adik Syahmi Azim..aku tawakal jer..tatau pulak dia ni boleh makan kek ke tidak...yela, ada orang tak makan kek yang bertelur... tapi alhamdullillah...dia jamah jugak...To Syahmi, thanx byk2 sebab banyak ajar akak how to setup everything in blogger world...resepi sama lebih kurang dalam Coffee Marble Cake sebelum nih...

 


MARBLE CHOCO+STRAWBERRY CAKE

Bahan-bahan :
250 gm butter
200 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
5 biji telur ayam gred A
50 ml susu segar
220 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar serbuk choco
1 sudu besar choco emulco
1 sudu besar strawberry emulco

Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan diikuti esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Pukul sebati dan masukkan tepung berselang seli dengan susu.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian dengan serbuk choco dan choco emulco. Satu bahagian lagi strawberry emulco.
7. Sapu margerin sekeliling dalam loyang dan alaskan dengan grease proof paper.
8. Sendukkan adunan selapis demi selapis hingga habis.
9. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 175 darj cel.

 sebelum dan selepas dibakar..
Marble nyer tak berapa jelas sebab terlalu berlapis-lapis..next time kalau marble warna cerah ok la kalau buat lapisan byk2...nampak sikit...
bawak jamu ofis...

Selamat Mencuba..!
^______^


0 comments: